Kanak-kanak maut digigit anjing liar

Kanak-kanak maut digigit anjing liar

MOHD. HAFIZ MUHAMMAD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan maut yang maut dipercayai digigit beberapa ekor anjing liar di kawasan Kampung Orang Asli Sungai Buloh kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, seramai tiga ahli keluarga kanak-kanak itu sudah dirakam keterangan namun tiada tangkapan dilakukan.

Katanya, siasatan polis mendapati kanak-kanak itu maut disebabkan serangan oleh anjing liar.

“Kami telah menjalankan siasatan menyeluruh dan kertas siasatan hampir siap untuk dimajukan ke peringkat seterusnya,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi kelmarin, mayat kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikelilingi beberapa ekor anjing.

Kejadian itu disedari oleh ibu bapa mangsa ketika mereka pulang dari tempat kerja dan mendapati pintu rumah terbuka sebelum menemukan mayat anak mereka dalam jarak kira-kira 20 meter dari kediaman.

Pasangan Orang Asli itu segera membawa mangsa ke Zon Merah Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh.

Mangsa yang  tiba di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan (CPR) terhadap namun tiada tindak balas.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 9.14 pagi oleh pegawai perubatan hospital.

Hasil pemeriksaan awal terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kesan luka dan calar di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Mangsa dipercayai ditinggalkan di rumah bersama bapa saudaranya kerana ibu bapa mangsa bekerja.

Ketika kejadian mangsa dan bapa saudaranya itu tidur di bahagian ruang tamu rumah dan dia hanya menyedari kehilangan kanak-kanak itu selepas terdengar jeritan ibu bapa mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×