Mogok: Operasi bas lancar, isu gaji masih dalam perbincangan

Mogok: Operasi bas lancar, isu gaji masih dalam perbincangan

MOHAMAD Fazli Mohamad Salleh (baju putih) meninjau situasi dan kesesakan di kaunter-kaunter imigresen di CIQ, BSI, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan bas ulang-alik ke Singapura kembali beroperasi seperti biasa hari ini selepas kira-kira 100 pemandu mengadakan mogok semalam di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, keadaan kembali normal selepas pemandu bas dan syarikat bas terbabit mengadakan perbincangan.

Katanya, banyak faktor yang menyumbang terhadap tindakan pemandu bas berkenaan, antaranya berkenaan isu gaji. 

“Pada masa ini, perkara ini masih belum selesai dan dalam peringkat perbincangan antara pemandu bas dan syarikat pengusaha bas. Bagi menyelesaikan masalah ini semalam kami dan Land Transport Authority (LTA) Singapura turun sendiri di BSI melihat situasi untuk berbincang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, kira-kira 100 pemandu bas ulang-alik ke Singapura melakukan mogok bermula pukul 5 pagi menyebabkan ribuan pekerja Malaysia ke republik itu yang menggunakan bas terjejas.

Kejadian itu tular dalam media sosial dengan ramai menzahirkan kekecewaan apabila lewat memulakan kerja disebabkan tindakan mogok pemandu bas tersebut.

Rakaman video turut memaparkan pekerja Malaysia yang berjalan kaki beramai-ramai di Tambak Johor untuk ke Kompleks Kastam dan Imigresen Woodlands di republik itu.

Semalam Mohamad Fazli mencadangkan supaya operator bas Singapura di BSI beroperasi seawal pukul 4.30 pagi, berbanding antara pukul 5 hingga ke 5.30 pagi setiap hari pada masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini