Lelaki warga Myanmar maut dibunuh

Lelaki warga Myanmar maut dibunuh

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah kongsi tapak binaan perumahan, di sini, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan parah dengan kecederaan di bahagian perut, leher serta ususnya terburai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dengan rakan sebiliknya yang juga warga Myanmar sebelum mangsa dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam.

“Suspek yang berusia lingkungan 50-an melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran selepas kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 22 individu ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut dengan kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambah Hanyan, usaha mengesan suspek utama sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini