PARLIMEN: AS gagal beri jawapan kukuh isu kekejaman Israel

PARLIMEN: AS gagal beri jawapan kukuh isu kekejaman Israel

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio gagal memberikan jawapan yang meyakinkan berhubung kegagalan negara itu menghentikan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persoalan itu dibangkitkan ketika pertemuan beliau bersama Rubio semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-58 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Saya tanya secara terus kepada beliau, mengapa AS tidak menghentikan peperangan ini, kerana kita semua tahu satu-satunya pihak yang mampu menghentikan kekejaman Israel adalah sekutu kuat mereka sendiri iaitu AS.

“Namun, beliau hanya memberikan pelbagai alasan yang tidak menyentuh kepada pokok persoalan. Oleh itu, kita akan terus membawa suara rakyat Malaysia dalam hal ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang membangkitkan isu pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sikap berdolak-dalik AS dalam isu keganasan rejim Zionis amat mengecewakan terutama ketika angka kematian rakyat Palestin yang terus meningkat.

Namun katanya, Malaysia tidak akan berhenti memperjuangkan nasib rakyat Palestin menerusi pelbagai saluran antarabangsa, termasuk meningkatkan tekanan diplomatik terhadap AS.

“Kita perlu yakinkan sekutu kuat Israel ini bahawa mereka memegang ‘anak kunci’ untuk menamatkan perang. Saya juga telah katakan kepada mereka, jika benar-benar ikhlas mahu menghentikan kekejaman ini, perang boleh dihentikan esok juga.

“Tetapi bila saya tanya, kenapa tidak hentikan, mereka tidak mampu memberikan jawapan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini