Lawatan ahli politik ke sekolah tertakluk dua garis panduan KPM

PARLIMEN: Lawatan ahli politik ke sekolah tertakluk dua garis panduan KPM

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tujuan penyerahan sumbangan perlu mematuhi dua garis panduan utama ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, lawatan tersebut tertakluk kepada pematuhan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan di bawah KPM.

“Langkah ini bertujuan memastikan hubungan antara pihak luar dengan institusi pendidikan berlangsung secara profesional serta menjamin aspek keselamatan dan kebajikan seluruh warga sekolah,” katanya ketika sesi soal jawab di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN–Tanah Merah) yang mempersoalkan prosedur bagi wakil rakyat atau mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada sekolah.

Ikmal Hisham turut mendakwa terdapat kes di mana wakil rakyat pembangkang menghadapi kesukaran untuk menyalurkan sumbangan, malah ada yang tidak dibenarkan langsung.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, semua bentuk sumbangan ke sekolah perlu melalui dua peringkat proses dengan tatakelola yang telus dan berintegriti.

Menurutnya, penyaluran dan penerimaan sumbangan kepada sekolah perlu dilaksanakan berdasarkan ketetapan dalam SPI KPM Bil. 3 Tahun 2018 yang menggariskan panduan lengkap bagi sumbangan daripada sektor swasta mahupun bukan swasta.

“Sumbangan yang disalurkan perlu mengikut garis panduan sedia ada bagi memastikan ia selaras dengan dasar kementerian dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini