LKAN: Wujud manipulasi pemilihan tender syarikat di tiga kementerian

LKAN: Wujud manipulasi pemilihan tender syarikat di tiga kementerian

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendapati wujud ruang manipulasi dan ketidaktelusan dalam pemilihan syarikat berdasarkan perolehan tender terbuka Pra Kelayakan Terpilih (Pre-Q) di tiga kementerian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan laporan itu, terdapat syarikat yang tidak memenuhi kriteria penilaian pada peringkat pertama atau tidak dipelawa tetapi terpilih dan dinilai pada peringkat kedua.

Jelasnya, ia melibatkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Proses perolehan juga mengambil masa yang lama dan melebihi tempoh ditetapkan.

“Pihak Audit mendapati pelaksanaan Perolehan Pre-Q Terpilih di tiga kementerian yang diaudit tidak mencapai objektif bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk menyegerakan proses perolehan dan mempercepatkan pelaksanaan
projek Jana Wibawa yang telah dibatalkan dan projek berimpak besar kepada rakyat,” kata laporan itu, di sini hari ini.

Pre-Q merupakan kaedah perolehan baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) kepada semua kementerian atau agensi melalui surat arahan MoF bagi perolehan projek kerja 2023 dan 2024.

Syarikat yang disaring dan lulus tapisan pada peringkat pertama akan dipelawa menyertai tender terbuka pada peringkat kedua. Kaedah perolehan ini bertujuan memastikan syarikat yang dipilih adalah kompetitif dan berdaya saing.

LKAN berkata, kaedah Perolehan Pre-Q Terpilih tidak wajar diteruskan dan kaedah perolehan tender terbuka adalah lebih sesuai dilaksanakan, bagi memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam proses perolehan.

Selain wujud ruang manipulasi, katanya, kaedah itu juga mengurangkan daya saing pasaran kerana syarikat terpilih yang terhad.

“Kaedah ini juga tidak menetapkan tempoh maksimum bagi proses pelawaan peringkat kedua dan tempoh keseluruhan perolehan tetapi hanya menetapkan tempoh minimum.

“Keadaan ini menyebabkan proses perolehan mengambil masa yang panjang sehingga tarikh cukai barang dan perkhidmatan (SST) dikeluarkan antara 152 hingga 553 hari,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini