KOTA BHARU: Gejala dadah bukanlah isu yang hanya membelenggu Kelantan semata-mata, sebaliknya turut berlaku di seluruh negara yang juga di negeri bukan di bawah pentadbiran Pas.
Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib berkata, isu penagihan dadah tidak seharusnya dijadikan bahan politik, sebaliknya memerlukan pendekatan holistik melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat dan institusi keluarga.
Katanya, tidak dinafikan di Kelantan adalah negeri bersempadan dengan Thailand dan cabaran berbeza di negeri lain yang tidak bersempadan.
“Bila dadah diberi fokus di Kelantan, seolah-olah Pas yang gagal mentadbir dan sedangkan jenayah berlaku di mana-mana negeri lain juga.
“Kita (Pemuda Pas) komited membanteras kegiatan dadah dengan mendekati golongan anak muda menerusi bimbingan atau sebagainya, kerana tindakan menghukum semata-mata tidak cukup menyelesaikan masalah dadah dalam masyarakat,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Kali Ke-66 di Bilik Mesyuarat, di Bangunan Syabab Point, di sini hari ini.
Sementara itu, , Afnan Hamimi berkata, gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini juga tidak seharusnya dijadikan bahan politik. – UTUSAN










