Kastam Johor bongkar pengedaran dadah guna kurier

Kastam Johor bongkar pengedaran dadah guna kurier

ANTARA barangan termasuk dadah dirampas JKDM Johor dalam  serbuan di Pekan Nanas, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini membongkar kegiatan dua sindiket pengedaran dadah yang menggunakan perkhidmatan kurier dan laluan laut.

Pengarahnya, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, jenayah sindiket pertama dibongkar sepasukan anggota Cawangan Narkotik Johor di Pekan Nanas, Pontian, 21 Mei lalu hasil pemeriksaan mendapati dua bungkusan berisi ketulan mampat disyaki ganja, masing-masing seberat 130 gram dan 97 gram.

“Siasatan lanjut mendapati sebuah beg hitam mengandungi ganja seberat 55 gram, tiga botol alat penghisap ganja serta sebuah pengisar dengan nilai keseluruhan dadah dianggarkan RM22,860.

“Seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barangan  ditahan bagi membantu siasatan dan sebuah motosikal bernilai RM10,000 turut dirampas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam serbuan lain,  pihaknya turut memeriksa sebuah bot tidak berdaftar di kawasan hutan paya bakau di Terminal Feri Batu Pahat pada 5 Jun lalu dan menemukan tiga bungkusan mampat dadah yang disorok dalam beg berisi teh Cina.

“Anggaran berat dadah adalah 3.1 kilogram dengan nilai RM98,016. Bot tersebut yang bernilai RM4,000 turut dirampas,” katanya sambil memberitahu sindiket itu dipercayai menggunakan laluan laut menyeludup dadah dari negara jiran.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×