Ketua Hakim Negara: Pelantikan muktamad, tidak perlu dibahaskan di Parlimen

Ketua Hakim Negara: Pelantikan muktamad, tidak perlu dibahaskan di Parlimen

YAACOB MD. SAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang pelantikan kehakiman yang telah dimuktamadkan tidak wajar diperdebatkan di Parlimen kerana proses tersebut melalui saluran sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md. Sam berkata, malah tiada keperluan untuk membahaskan pelantikan yang dibuat mengikut lunas undang-undang dan kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak perlu dibawa ke Parlimen. Sekiranya pelantikan telah dilakukan, ini bermakna kuasa-kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan telah pun dilaksanakan dengan sempurna mengikut undang-undang yang terpakai,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, semua pihak diminta menghormati proses pelantikan Ketua Hakim Negara kerana tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, jika ada pihak yang mahu meminda proses pelantikan itu, boleh mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Yaacob berkata, tindakan Majlis Peguam yang merancang untuk menganjurkan perarakan pada 14 Julai ini tidak dianggap sebagai satu bentuk keingkaran terhadap titah yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

“Perhimpunan itu lebih ditujukan kepada Perdana Menteri dan bukan untuk menyatakan protes lantikan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×