Setiausaha Negara AS Marco Rubio tiba di Malaysia

Setiausaha Negara AS Marco Rubio tiba di Malaysia

MARCO Rubio tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri mesyuarat Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM ke-58).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketibaan Rubio selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan perang dagang pada awal minggu ini untuk mengenakan tarif baharu antara 20 hingga 50 peratus ke atas lebih negara.

Ini termasuk sekutu Asia seperti Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara ASEAN lain.

Pesawat Boeing C-32 yang membawa Rubio serta delegasi, mendarat di Pangkalan Udara Subang di sini pada pukul 7:38 pagi.

Beliau juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bagi membincangkan tarif import yang dikenakan AS ke atas Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Pemimpin AS itu kemudian dijadual menghadiri Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN-AS, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) pada 10-11 Julai.

Lawatan Rubio ke Malaysia juga berlangsung serentak dengan ketibaan rakan sejawatannya dari Rusia dan China, Sergei Lavrov dan Wang Yi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN