Pembantu kedai makan didakwa rogol adik

Pembantu kedai makan didakwa rogol adik

TERTUDUH diiringi anggota polis semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkmah Seysen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol adik kandungnya di rumah keluarga mereka, sejak dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 20 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol adik kandung sejak berusia 11 tahun apabila perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Kesalahan itu dilakukan tiga lokasi dalam bilik tidur bapa mereka, di atas lantai dapur dan bilik tidur di sebuah rumah di Bachok dekat sini pada April 2023, Disember 2024 dan April 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan selain menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh bagaimanapun tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×