JDT bawa masuk Joao Figueired

JDT bawa masuk Joao Figueired

Joao Figueiredo akan memperkuat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2025/2026. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHR: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus rancak pada jendela perpindahan ini apabila membawa masuk seorang lagi pemain warisan, Joao Figueiredo bagi memperkuat pasukan menjelang saingan musim 2025/2026.

Kehadiran penyerang Harimau Malaya berusia 29 tahun itu diumumkan menerusi hantaran video berdurasi 30 saat di platform Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, hari ini.

“Joao Figueiredo membawa komitmen & kesungguhan beliau kepada Johor Darul Ta’zim FC,” umum JDT di hantaran Facebook itu.

Kemasukan pemain kelahiran Brazil yang boleh beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri itu mampu menguatkan jentera serangan dan memberikan fleksibiti kepada skuad kendalian Xisco Munez.

Kelibat Figueiredo mula mencuri tumpuan peminat bola speak tanah air apabila beraksi cemerlang dalam penampilan pertama bersama Harimau Malaya ketika menewaskan Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027, bulan lalu.

Pemain warisan itu menyertai JDT dari Kelab Turki, Basaksehir, di mana dia mencatatkan 102 penampilan dan mencetak 24 gol selain turut menyumbang 4 bantuan gol.

Sebelum ini, Harimau Selatan sudah mendapatkan khidmat dua pemain warisan iaitu Jon Irazabal dan Hector Level selain menandatangani beberapa pemain import seperti Antonio Glauder,  Jairo Da Silva dan Moussa Sidibé serta pemain tengah Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi bagi memperkuat pasukan di setiap posisi.

Harimau Selatan ketika ini sedang menjalani kem pramusim di Alicante, Sepanyol dan akan berdepan beberapa pasukan ternama antaranya Cardiff City (United Kingdom), Levante UD (Sepanyol), Al Rayyan SC (Qatar) dan Riyadh FC (Arab Saudi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×