Bot karam Pulau Perhentian: Tekong mengaku ambil dadah

Bot karam Pulau Perhentian: Tekong mengaku ambil dadah

AZRIE Yazid (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Besut, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Pemandu bot pelancong yang terbalik di Pulau Perhentian di sini, Sabtu lalu  yang mengorbankan tiga individu termasuk dua kanak-kanak, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut di sini, hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Tertuduh, Azrie Yazid, 22, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md. Zukri.

Mengikuti pertuduhan, dia didapati melakukan kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan disyaki jenis Nimetazepam di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Besut, kira-kira pukul 10.05 minit pagi pada 29 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohd. Zaidi Mat Yasin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norhuda Mohamed khan.

Majistret Nurliyana menetapkan jaminan sebanyak RM2,500 terhadap tertuduh untuk tarikh sebutan semula kes. Mahkamah menetapkan 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan  laporan patalogi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam pada Sabtu lalu, S. Arumugam, 40, dan anaknya, A.Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan mereka, V.Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa cedera termasuk seorang kritikal selain 10 lagi mangsa terselamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×