Isu Muda bukan Syed Saddiq, tetapi kepimpinan

‘Isu Muda bukan Syed Saddiq, tetapi kepimpinan’

MAZLAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tawaran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) agar ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menerajui parti itu tidak memberi sebarang impak besar terhadap kedudukan organisasi berkenaan dalam landskap politik negara.

Pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, isu sebenar yang membelenggu Muda bukan semata-mata soal kepim­pinan, sebaliknya kegagalan parti itu membina kepercayaan rakyat sejak awal penubuhannya.

“Isunya bukan sekadar siapa jadi Presiden, tetapi Muda sendiri masih kabur dari segi perjuangan dan hala tuju kepada rakyat.

“Syed Saddiq masih lagi belum mempunyai pengaruh da­lam kalangan pengundi muda di kawasan tertentu dan belum cukup untuk mengangkat parti itu sebagai kuasa politik yang signifikan di peringkat nasional,” katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Khamis lalu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) Muda menawarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk kembali mene­rajui parti itu sebagai Presiden susulan keputusan

Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan pecah amanah.
Mazlan berkata, Muda juga perlu bersikap realistik terhadap kedudukannya sebagai sebuah parti kecil yang tidak memiliki struktur akar umbi yang kuat di seluruh negara.

“Realitinya, parti kecil seperti Muda tidak mampu bertahan tanpa bergabung dengan parti-parti lain.

“Kalau mereka mahu kekal relevan dalam politik arus perdana, gabungan adalah satu-satunya pilihan. Tanpa kerja­sama strategik, Muda hanya akan terus kekal di pinggiran,” katanya.

Menurutnya, kekangan sumber dan keterbatasan capaian Muda kepada pengundi luar bandar juga menjadi antara faktor utama mengapa parti itu gagal melonjak naik meskipun kerap menampilkan pendekatan progresif.

“Mereka sering tampil de­ngan gaya anak muda, tetapi bila masuk gelanggang pilihan raya, prestasi mereka tidak menyerlah. Ini kerana pendekatan mereka belum benar-benar menepati realiti politik semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×