Buli: Enam pelajar MRSM Besut akan dibuang

Buli: Enam pelajar MRSM Besut akan dibuang

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut yang terlibat kes buli seorang pelajar Tingkatan Dua sehingga cedera sudah di­arah untuk dibuang dari institusi berkenaan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah Mara untuk tidak berkompromi dalam hal berkenaan walau apa juga alasannya.

Katanya, beliau telah berulangkali menegaskan bahawa tiada tempat bagi pembuli di mana-mana MRSM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa jua alasan tidak sesekali menghalalkan perbuatan memukul atau apa jua bentuk perbuatan fizikal yang boleh mencederakan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.

Kelmarin, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Dua MRSM Besut mendakwa dibuli sekumpulan pelajar senior di asrama Putera pada malam Selasa lalu, sehingga mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan.

Sementara itu, lima pelajar MRSM terbabit ditahan reman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kejadian buli fizikal terhadap seorang pelajar junior sekolah sama.

Perintah tahanan reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu dilaporkan berkata, polis menerima satu aduan yang dibuat oleh mangsa pada pukul 6.48 petang kelmarin.

Azamuddin dipetik berkata, pi­haknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.48 petang kelmarin.

Berdasarkan keterangan mang­sa lelaki berusia 14 tahun, Aza­muddin berkata, pelajar itu mendakwa dibuli dengan diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung dan dile­takkan selipar di atas kepala selama 40 minit, kira-kira pukul 11.30 malam.

Katanya, mangsa juga men­dakwa ditumbuk di bahagian perut dan ditampar oleh beberapa pelajar Tingkatan Tiga ketika berada di asrama Putera.

Kejadian itu disedari oleh warden yang bertugas sebelum membawa mangsa dan suspek ke pejabatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini