Tengku Ramli diangkat Tokoh Maal Hijrah Selangor

Tengku Ramli diangkat Tokoh Maal Hijrah Selangor

MOHD. Shahzihan Ahmad (kiri) menyaksikan penyampaian sumbangan kepada Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah sebagai Tokoh Maal Hijrah 1447 Selangor oleh Amirudin Shari pada program Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Selangor di Shah Alam, Selangor, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tokoh pemer­kasa­an wakaf, Datuk Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah 1447 Ne­geri Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Is­lam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, peranan yang dimainkan be­liau berjaya mempertingkatkan kedudukan dan kekuatan MAIS di tengah-tengah lanskap ma­syarakat dan politik negeri yang mempunyai kepelbagaian dan mencabar.

“Tokoh ini juga adalah insan yang terlibat secara terus dalam memperjuangkan dan mengangkat nilai-nilai Islam melalui aktiviti pemerkasaan wakaf dan infaq.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau turut mempromosi nilai warisan Islam melalui program pendidikan di Galeri Diraja selain menyumbang tenaga dan kepakaran dalam inisiatif kebajikan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi zakat dan pendidikan,” katanya pada Program Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Selangor, malam semalam.

Jelasnya, Tengku Ramli memainkan peranan sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dengan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor dan Ahli Jawatankuasa Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) mewakili Sultan Se­langor.

Mohd. Shahzihan menambah, Tengku Ramli sebagai Anggota MAIS selama 16 tahun memanfaatkan kedudukannya memberi pandangan dalam pe­netapan da­sar-dasar MAIS mengenai pentadbiran hal ehwal Islam.

“Beliau sebagai tokoh yang disegani mendedikasikan hidup­nya kepada perkhidmatan terhadap rakyat, agama dan nege­ri ini.

“Kewibawaan dan pengalaman serta sosoknya sebagai individu berintegriti serta bo­leh dipertanggungjawabkan, me­le­tak­kannya berada dan terlibat dalam urusan pentadbiran hal ehwal Islam Selangor, da­lam dunia korporat di peringkat nasio­nal dan antarabangsa,” katanya.

Kata Mohd. Shahzihan lagi, sebelum diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor, Tengku Ramli, 82, pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan I&P Group Sdn. Bhd. dari 1982 hingga 2008.

Katanya, beliau dianuge­rah­kan Tokoh Wa­risan dan Tokoh Khas Warisan Selangor atas sumba­ngan terhadap pemuliharaan dan memartabat khaza­nah budaya dan sejarah pada 2003 dan 2015. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini