103 kes kebakaran kilang seluruh negara

103 kes kebakaran kilang seluruh negara

DEMOSTRASI Latihan Amal Bencana Kecemasan Luar Bandar (REDEX) menggunakan helikopter di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 103 kes kebakaran kilang dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi. 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ir. Ts. Ahmad Izram Osman berkata, antara empat negeri yang mengalami jumlah kebakaran yang tinggi adalah iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Perak. 

“Mengikut statistik Selangor merekodkan 35 kes, Johor (19 kes), Perak (11 kes) dan Pulau Pinang (sembilan kes). Bagaimanapun jumlah kerugiannya masih belum dipastikan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari Januari hingga Disember tahun lepas pula, jumlah kebakaran kilang adalah sebanyak 433 kes dengan kerugian lebih RM42 juta dan yang yang dapat diselamatkan sebanyak RM182 juta,” katanya selepas Latihan Amal Bencana Kecemasan Luar Bandar (REDEX) di Pulau Perhentian, di sini hari ini. 

Menurut Ahmad Izram, secara umumnya semua kilang perlu mempunyai Sijil Perakuan Bomba (CF) bagi mengesahkan bahawa bangunan tersebut mematuhi standard keselamatan kebakaran yang ditetapkan dan selamat untuk diduduki atau digunakan. 

Katanya, JBPM menjalankan pemeriksaan sekali setahun di setiap kilang untuk memastikan tahap keselamatannya.

“Dengan adanya FC ini kita jangkakan kadar kebakaran melibatkan kilang-kilang industri dapat dikurang atau tidak akan berlaku kebakaran,” katanya. 

Sementara itu, Ahmad Izram berkata latihan REDEX yang dilakukan pada kali melibatkan 17 agensi dengan 136 peserta termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan lain-lain agensi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×