ACSR buka maklum balas awam

ACSR buka maklum balas awam cadangan rangka kerja jaminan kemampanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas awam berhubung cadangan rangka kerja jaminan kemampanan.

Rangka kerja tersebut bertujuan memastikan kebolehpercayaan pendedahan syarikat yang tertakluk di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).

Kertas perundingan itu antara lain membincangkan penggunaan piawaian jaminan kemampanan antarabangsa, pengawasan terhadap penyedia jaminan, keperluan kecekapan pemimpin jaminan serta garis masa pelaksanaan jaminan luaran.

Menurut SC, pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan amat diperlukan bagi memastikan rangka kerja yang dicadangkan bersifat praktikal, boleh dipercayai dan berdaya tahan.

“Rangka kerja jaminan kemampanan yang kukuh penting dalam menangani isu greenwashing dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap laporan kemampanan yang diterbitkan oleh syarikat,” katanya dalam kenyataan.

Tempoh perundingan awam bermula hari ini hingga 6 Ogos 2025.

Kertas perundingan boleh didapati https://www.sc.com.my/regulation/consultation-papers. dalam talian

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Sekretariat ACSR di [email protected]UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×