STPM: Terengganu kekal prestasi terbaik enam tahun berturut-turut

STPM: Terengganu kekal prestasi terbaik enam tahun berturut-turut

WAN Zuraidi Che Wan Zaid (dua dari kiri) menyampaikan anugerah pencapaian terbaik kepada wakil sekolah pada Majlis Pengumuman Keputusan peperiksaan Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM)  di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. - UTUSAN / ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Terengganu mengekalkan prestasi terbaik enam tahun berturut-turut dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM) apabila mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terbaik iaitu 3.12.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Wan Zuraidi Che Wan Zaid berkata, pencapaian itu sekali gus mengatasi PNGK Nasional 2.85.

“Pada 20204, negeri ini mencatat  PNGK 3.12 pada berbanding 3.11 pada STPM 2023, sekali gus mengatasi PNGK Nasional, 2.85.

“Malah, jumlah pelajar yang mendapat keputusan semua A penuh meningkat kepada 110 orang berbanding 79 orang pada STPM 2023,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Terengganu 2024 di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di sini.

Wan Zuraidi berkata, bilangan pelajar yang mendapat semua A penuh dan semua A juga meningkat kepada 272 bagi STPM 2024 berbanding 247 pada STPM 2023.

“Kita berbangga apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Sultan Ahmad, Siti Asihah Othman dinobatkan sebagai pelajar terbaik STPM 2024 (Sains Sosial) peringkat nasional.

“SMK Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu mencatat bilangan pelajar paling ramai mendapat PNGK 4.0 iaitu 13 orang,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×