Tengku Maimun belum terima lanjutan Ketua Hakim Negara

Tengku Maimun belum terima lanjutan Ketua Hakim Negara

TENGKU Maimun Tuan Mat dalam Majlis Pelancaran buku Law and Practice of Intellectual Property Law in Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat belum menerima tawaran untuk melanjutkan perkhidmatannya.

Andai tiada tawaran, beliau akan bersara wajib pada 30 Jun ini, kurang seminggu dari hari ini.

“Sehingga kini, masih belum mendapat apa-apa khabar,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Law and Practice of Intellectual Property Law in Malaysia di ibu negara semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tengku Maimun berkata, selain beliau, dua lagi hakim iaitu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan juga masih belum menerima sebarang tawaran lanjutan.

Menurut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga mencapai umur 66 atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melebihi tempoh enam bulan.

Abang Iskandar akan mencapai usia persaraan wajib bagi hakim iaitu 65 tahun pada 1 Julai ini.

Beliau dikatakan bakal pengganti Ketua Hakim Negara, sekiranya tiada sebarang lanjutan diberikan kepada Tengku Maimun.

Nallini yang merupakan hakim paling senior di Mahkamah Persekutuan dan akan mencapai usia persaraan pada 21 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini