Pemain perseorangan tidak boleh di takuk lama 

Pemain perseorangan tidak boleh di takuk lama 

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melawat latihan pemain badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Kuala Lumpur minggu lalu. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi isyarat jelas bahawa sektor perseorangan negara tidak boleh lagi berada di takuk lama.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian cemerlang dalam acara beregu tidak harus menutup kelemahan nyata dalam acara perseorangan yang masih jauh dari sasaran sebenar.

“Yang pasti, kejayaan ini bukan kerana saya. Tak mungkin kerana saya. Tapi ini menunjukkan kerja yang dilakukan oleh jurulatih, terutamanya dalam beregu, memang memberikan hasil.

“Tetapi bagi saya, masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Saya dah bercakap dengan jurulatih-jurulatih, kita tahu, khususnya dalam acara perseorangan, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki,” kata Zafrul.

Sejak pelantikannya pada 10 Mei lalu, tiga beregu  negara menghadiahkan empat gelaran menerusi Pearly Tan-M. Thinaah (Terbuka Thailand), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (Malaysia Masters) dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Terbuka Thailand dan Singapura).

Zafrul mengakui pencapaian itu membanggakan, namun menegaskan cabaran sebenar adalah mengekalkan prestasi secara konsisten dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang padat.

Jelas beliau, empat kejohanan akan menanti pemain negara bulan depan di Terbuka Kanada, Jepun, China dan Macau, dan memerlukan tahap mental serta fizikal yang mantap.

“Kita berpuas hati dengan pencapaian sekarang, tetapi lebih penting adalah memastikan prestasi ini dapat dikekalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×