Wangian jenazah hadir dalam mimpi pemandu van

Wangian jenazah hadir dalam mimpi pemandu van

TENGKU Harith Tengku Aziz bersama van jenazah Tengku Harith Team Ventures (THTV) di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Sebahagian pemandu van  yang membawa jenazah pelajar Universiti Sultan Idris (UPSI) dari Ipoh, Perak ke Masjid Hadhari, Jertih, Terengganu mendakwa sukar melelapkan mata kerana masih tergiang-giang siren polis yang mengiringi mereka, selain ada bermimpi mengenainya.

Pengasas Badan Amal Tengku Harith Team Ventures (THTV), Tengku Harith Tengku Aziz berkata,  pengalaman itu dikongsikan bersama pemandu dan pembantu van jenazah dalam satu pertemuan di Besut, Terengganu, semalam.

“Ada yang memberitahu bunyi siren polis ketika sedang mandi, mimpi dalam tidur yang mungkin kerana mereka terlalu fokus menjalankan tanggungjawab membawa pulang jenazah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang perjalanan lebih 200 kilometer itu bukan hanya khidmat amal sosial kami, tetapi memikul amanah ibu bapa dan ahli keluarga mangsa nahas,” katanya ketika ditemui semalam.

Tengku Harith berkata, pihaknya turut membawa kelengkapan lengkap kafan dan petugasnya bagi pengurusan awal jenazah namun tugasan itu lebih awal diuruskan Majlis Agama Islam Perak.

Menurutnya, semua pemandu van jenazah mendakwa semua mayat yang dibawa berasa  ‘ringan’ sekali gus melicinkan perjalanan dalam jarak yang jauh.

“Lazimnya, jenazah yang kami bawa sebelum ini adalah berat. Tapi kali ini, semuanya ringan,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan ada pemandu yang membawa jenazah menghidu bau wangi seperti bunga melur dalam kenderaan mereka.

“Sepanjang perjalanan kami bukan saja fokus kepada pemanduan tetapi turut berzikir dan mendoakan agar selamat sampai ke destinasi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×