Keterangan Tan Sri diambil, sebuah lagi rumah diserbu

Dana sukuk lebuh raya: keterangan Tan Sri diambil, sebuah lagi rumah diserbu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang diambil pagi ini.

Menurut sumber, proses berkenaan diambil oleh dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman Tan Sri berkenaan yang terletak di ibu negara.

Dalam pada itu, sumber berkata, serbuan turut dilakukan SPRM di kediaman Tan Sri berkenaan di Melaka.

“Namun tiada sebarang rampasan atau sitaan dilakukan,” katanya di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan keterangan Tan Sri berkenaan diambil SPRM selepas beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan jumlah sitaan yang melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuhraya di Lembah Klang itu bernilai RM143 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagi menyeleweng dana-dana berkenaan, pihak terlibat dipercayai turut menggunakan  golongan profesional seperti juruaudit, pakar kewangan, jurutera serta syarikat-syarikat yang bertindak sebagai penerima wang secara berlapis (layering). 

Pasukan siasatan juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah Tan Sri di dalam serta luar negara termasuk di London dan Switzerland. 

Jumlah terkini sitaan melibatkan 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta; lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta, kondominium mewah dan sebidang tanah bernilai RM24.5 juta; sembilan unit kereta berjumlah RM7.65 juta.

Turut disita adalah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM25 juta; tas tangan bernilai RM3 juta; barang kemas serta berlian (RM6 juta), empat ekor kuda bernilai RM400,000, minuman beralkohol bernilai RM3 juta, aset luar negara yang dinilai lebih daripada RM15 juta serta ⁠aktiviti perjudian yang dianggarkan kira-kira RM20 juta.

Selain itu, siasatan kini turut tertumpu kepada nilai sebenar minuman alkohol mewah dalam simpanan Tan Sri dengan kemungkinan wang berkenaan telah dipindahkan ke akaun lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×