Tidak naik bas kerana demam, hanya tahu rakan maut menerusi WhatsApp 

Tidak naik bas kerana demam, hanya tahu rakan maut menerusi WhatsApp 

MUHAMMAD Shafie Mat Anuar dirawat di Hospital Besut kerana demam menangguhkan perjalanan pulang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama rakan-rakannya dengan bas yang terlibat nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tidak menaiki bas terlibat dalam nahas meragut 15 nyawa kerana demam, hanya mengetahui tentang tragedi itu daripada kumpulan aplikasi WhatsApp. 

Muhammad Shafie Mat Anuar, 21, yang berasal dari Kampung Telaga Nibong, Jertih, di sini berkata, dia sepatutnya menaiki bas yang sama namun terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke UPSI kerana demam dan perlu dirawat di Hospital Besut, semalam. 

“Saya terkejut mengetahui ramai rakan yang terkorban dan cedera dalam kemalangan ini termasuk dua rakan yang selalu bersama-sama saya ketika pulang ke kampung atau kembali ke kampus. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada rakan saya yang dikenali sebagai Taqim menghantar pesanan bertanyakan sama ada saya menaiki bas sama dengannya, namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana demam. Tidak sangka nahas ini turut meragut nyawanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Muhammad Shafie yang merupakan pelajar semester kedua Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian berharap keluarga rakan-rakannya tabah menghadapi ujian itu.

Nahas kira-kira pukul 1 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, itu mengorbankan 15 nyawa membabitkan 14 pelajar UPSI dan seorang kelindan bas. Ia melibatkan sebuah bas dan kereta jenis Perodua Alza, mengakibatkan bas berkenaan terbalik manakala kereta pula terbabas ke dalam parit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini