Rogol hampir 300 pesakit, bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun

Rogol hampir 300 pesakit, bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRETAGNE: Seorang bekas pakar bedah dihukum penjara 20 tahun oleh mahkamah di Brittany bagi kesalahan merogol dan mencabul hampir 300 mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak ketika mereka dibius sepanjang 25 tahun kerjayanya.

Kes berprofil tinggi ini dianggap sebagai kes penderaan seksual paling buruk terhadap kanak-kanak yang pernah dibicarakan di Perancis moden sekali gus mengejutkan seluruh negara.

Hukuman terhadap Joel Le Scouarnec, 74 tahun diumumkan hanya beberapa minggu selepas 51 lelaki dihukum kerana terlibat dalam pemerkosaan beramai-ramai terhadap seorang wanita, Gisele Pelicot selama satu dekad di selatan Perancis, satu kes yang telah menjadi titik perubahan dalam gelombang keadilan #MeToo di negara itu.

Sepanjang perbicaraan, Le Scouarnec mengaku tmerogol atau mencabul 299 pesakit termasuk 256 mangsa di bawah umur 15 tahun ketika bertugas di beberapa hospital di barat Perancis.

Serangan seksual itu berlaku antara tahun 1989 hingga 2014 dengan kebanyakannya ketika mangsa berada di bawah pengaruh bius atau baru sahaja sedar selepas pembedahan.

Dia menghadapi pertuduhan melibatkan 111 kes rogol dan 189 kes serangan seksual dalam kes yang mula dibicarakan pada Februari lalu.

Dalam keterangannya di mahkamah, Le Scouarnec mengakui melakukan perbuatan keji itu dan menyatakan rasa bersalah.

“Saya berhutang kepada semua mangsa dan orang yang mereka sayangi untuk mengakui tindakan saya serta akibatnya yang mereka telah dan akan terus tanggung seumur hidup mereka,” katanya.

Namun, ramai mangsa, peguam dan aktivis yang hadir di mahkamah tidak menerima permohonan maafnya dengan mudah.

“Awak adalah pedofil bersiri paling kejam dalam sejarah. Semua mangsa tidak akan memaafkan anda selama-lamanya,” kata Thomas Delaby, seorang daripada kira-kira 60 peguam yang mewakili mangsa semasa perbicaraan. Beliau menyifatkan Le Scouarnec sebagai ‘bom atom pedofilia’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×