Tidak perlu lagi berulang-alik 160km

Tidak perlu lagi berulang-alik 160km

MOHD. Syahbuddin Hashim menggunakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan R&R Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke di sini, tidak perlu lagi berulang-alik sejauh 160 kilometer (km) ke bandar Gua Musang untuk mengeluarkan wang apabila kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) dibina di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanah Tinggi Lojing.

Sebelum ini, penduduk terpaksa mengeluarkan lebih RM50 bagi kos minyak untuk urusan sama di Bandar Gua Musang yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Pos Brooke.

Seorang penduduk Orang Asli, Sani Alang, 45, bersyukur dengan kewujudan mesin ATM itu yang memudahkan urusan penduduk di Pos Brooke dan sekitarnya.

“Kami dapat menjimatkan masa dan kos minyak untuk ambil duit di Bandar Gua Musang. Kami harap tambahan mesin deposit tunai (CDM) pula bagi kemudahan penduduk,” katanya semalam.

Seorang lagi penduduk, Salina Along, 39, berkata, dia perlu ke bandar Gua Musang dua hingga tiga kali seminggu bagi melakukan urusan di bank menyebabkannya menanggung kos minyak kenderaan yang tinggi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, kemudahan ATM pertama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada 3,000 penduduk Orang Asli di sekitar Lojing malah pelancong atau pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Gua Musang ke Lojing dan Cameron Highlands, Pahang.

“Alhamdulillah kini warga Lojing tidak perlu lagi ke bandar Gua Musang semata-mata untuk keluarkan duit. Mesin ATM yang lama dinanti, akhirnya siap dipasang dan mula beroperasi di R&R Lojing,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×