Umar berlari di final, Shereen terkandas  

Umar berlari di final, Shereen terkandas  

UMAR Osman (tengah) berjaya mencatat rekod baharu kebangsaan dalam acara 400 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka New Taipei, Taiwan, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari jarak jauh negara, Umar Osman mencipta sensasi apabila dijadual beraksi dalam final bagi acara 400 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Asia (ATF), Gumi, Korea Selatan, hari ini.

Atlet dari Johor itu mara ke final selepas menamatkan saingan separuh akhir di tempat ketiga dengan catatan masa 46.73 saat (s) setelah Ammar Ismail Y Ibrahim dari Qatar menduduki tempat pertama (46.05s) manakala tempat kedua menjadi milik Kentaro Sato dari Jepun (46.19s).

Terdahulu, Umar mara ke separuh akhir selepas menamatkan saringan ketiga di tempat ketiga setelah melakukan catatan masa 46.71s di belakang Fuga Sato dari Jepun di tempat pertama (46.40s) manakala Kalinga Kumarage Hewa Kumarage dari Sri Lanka di tempat kedua (46.59s).

Sementara itu, bagi kategori wanita pula menyaksikan Shereen Samson Vallabouy terpaksa berpuas hati di tempat kelima dalam saringan pertama dengan catatan masa 54.80s.

Tempat pertama dimenangi oleh Rupal Rupal dari India yang menamatkan larian 53.00s dan tempat kedua menjadi milik Aminat Kamarudeen dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) (53.19s) manakala Jonbibi Hukmova dari Uzbekistan di tempat ketiga (53.67s).

Shereen dijangka mara lebih jauh berikutan pelari berusia 26 tahun itu sebelum ini mencipta sensasi apabila memenangi emas dengan catatan masa 53.72s di kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic di Florida, 5 April lalu.

Sebagai rekod, Shereen merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara tersebut selepas melakukan catatan 51.79 saat (s) ketika menduduki tempat kedua di Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat (AS), Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×