Lesti Kejora berdepan hukuman penjara, bapa minta doa - Utusan Malaysia

Lesti Kejora berdepan hukuman penjara, bapa minta doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bapa kepada penyanyi Indonesia, Lesti Kejora iaitu Endang Mulyana berharap agar masyarakat mendoakan anaknya yang berdepan hukuman penjara sekiranya terbukti bersalah melanggar hak cipta lagu.

Ketika ditemui wartawan tempatan di kediaman yang terletak di Jakarta Selatan, Endang tidak bercakap panjang dan hanya meminta maaf.

“Mohon doa dari semua, minta maaf. Doakan yang terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lesti juga berpesan doakan saja,” katanya pendek.

Sebelum ini, kecoh apabila isteri kepada Rizky Billar itu didakwa melanggar hak cipta dengan menyanyikan semula lagu penyanyi, mendiang Deddy Dores dan memuat naik ke laman YouTube.

Adik kepada mendiang, Yoni bagaimanapun mendakwa pihaknya mempunyai hak cipta bagi beberapa lagu yang dinyanyikan semula seperti Cinta Bukanlah Kapal, Bagai Ranting Yang Kering, Arjuna Buaya, Buaya Buntung.

Oleh itu, Yoni telah membuat laporan polis. Jika didapati bersalah, Lesti Kejora perlu membayar wang denda selain berhadapan hukuman penjara empat tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×