Faisal Halim pasrah keputusan jurulatih

Faisal Halim pasrah keputusan jurulatih

Faisal Halim bersama ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengadakan sidang akhbar di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Faisal Halim berazam membalas kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, Peter Cklamovski setelah dipanggil ke latihan pusat skuad Harimau Malaya buat kali kedua.

Pemain sayap Selangor FC itu berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya dan akan memberikan yang terbaik seterusnya menyuntik kekuatan buat skuad Harimau Malaya.

“Alhamdulillah, ini adalah kali kedua dapat panggilan daripada coach Peter. Justeru, saya bertekad dan bersemangat untuk mendapatkan setelah seperti dahulu kala.

“Apa yang saya boleh katakan sekarang adalah ini fasa untuk saya mengejar balik apa yang ketinggalan sebelum-sebelum ini dan saya mahu mencari semula rentak permainan yang lalu.

“Saya rasa setahun yang lepas adalah satu pengajaran dan detik hitam yang sudah berlaku dan mahu dilupakan. Sekarang waktu saya untuk fokus dalam karier saya balik,” katanya.

Ditanya mengenai saingan sengit untuk beraksi di posisi lamanya, Faisal yang mesra disapa dengar gelaran Mickey tidak menganggap itu isu yang membebankan.

Katanya, dia akan serahkan kepada ketua jurulatih sama ada untuk membuat percaturan yang terbaik buat perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu Cape Verde dan perlawanan kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2026/2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil masing-masing pada 29 Mei dan 10 Jun ini.

“Sekiranya Peter merasakan saya belum bersedia, saya tak ada masalah. Tapi sebagai pemain, saya akan memberikan yang terbaik dengan sebaik mungkin di atas padang. Saya rasa fokus saya sekarang hanyalah untuk mencari semula prestasi yang terbaik dan membantu skuad Harimau Malaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×