Kompleks JPS Permas terbiar perlu dibaikpulih

Kompleks JPS Permas terbiar perlu dibaikpulih

KOMPLEKS JPS di Permas di Jalan Pontian-Kukup Laut terbiar sejak 15 tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Permas, dekat sini yang terbiar sejak 15 tahun perlu dibaik pulih sebagai pusat komuniti bagi kegunaan penduduk sekitar.

Kompleks tersebut yang sebelum ini menempatkan pelbagai pejabat cawangan agensi di bawah Kementerian Pertanian termasuk kuarters kakitangan, dewan dan padang permainan kini terbiar.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan memaklumkan, memandangkan tanah tersebut di bawah Kerajaan Persekutuan, cadangan pembangunannya tidak dapat dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu, pihaknya akan memohon kebenaran daripada JPS untuk menggunakan kawasan tersebut untuk pelbagai aktiviti penduduk, golongan belia, tempat beriadah dan rekreasi.

“Kompleks ini boleh digunakan sebagai pejabat dan pusat pentadbiran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bagi kawasan Kukup, pusat dialisis dan sebagainya.

“Walaupun memerlukan pembaikan bagi bangunan yang rosak, saya akan mendapat peruntukan daripada mana-mana pihak supaya kawasan tersebut tidak terus terbiar selama-lamanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jefridin berkata, kuarters yang terbiar boleh digunakan sebagai penempatan sementara bagi mangsa-mangsa bencana alam seperti kebakaran dan banjir.

Memandangkan kompleks tersebut terletak di laluan pelancongan dari Pontian ke Kukup Laut, keadaan itu boleh menimbulkan pemandangan kurang elok.

Beliau juga berhasrat menjadikan kompleks itu sebagai tapak Festival D Kukup 3.0 pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini