Dari Seoul ke Hati

Dari Seoul ke Hati

diasaskan oleh tiga wanita asal Malaysia yang menetap di Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya tidak tahu bagaimana hendak mulakan cerita ini tanpa rasa bangga dengan rekaan tempatan.

Tetapi, jika dirimu pernah pakai sesuatu yang tiba-tiba buat orang tegur di kedai mamak, klinik gigi atau semasa lepak dengan kawan, pasti dirimu tahu akan perasaan itu. Itulah yang berlaku setiap kali saya sarungkan baju T dari Slow Supper Club. Bukan sebab saya popular. Tapi sebab bajunya ada aura moden, quirky dan sangat Malaysia.

Slow Supper Club ni bukan jenama biasa. Ia lahir daripada persahabatan tiga wanita Malaysia luar biasa iaitu Ivy Yap, Basira Yeusuff dan Gambo yang membawa jiwa Malaysia jauh ke tengah-tengah Mangwon, Seoul, Korea Selatan.

Di sana, mereka bukan sahaja membuka bistro yang menyajikan makanan nostalgia Malaysia dengan twist yang menyeronokkan, tetapi juga membuat rekaan baju T dan baju panas (sweatshirt) uniseks yang langsung tidak tipikal.

Pilihan rona warna? Dirimu boleh memilih sama ada Baju T Charcoal/Tangerine, White/Navy, atau Sweatshirt Oatmeal dengan tulisan merah. Ada saiz Dari S sampai ke XXL. Tetapi, yang paling saya suka, rekaan baju ini ada cerita.

Cerita tentang keberanian, tentang identiti dan tentang tiga wanita Malaysia yang tidak menunggu peluang untuk datang tetapi mereka mencipta peluang itu sendiri di perantauan.

Tips saya, Baju T putih ini boleh digayakan dengan seluar linen, tudung satin dan sneakers putih, nampak kemas tetapi tetap menyerlah.

Warna kelabu gelap, saya cadangkan untuk padankan dengan skirt labuh dan boots hitam, untuk tampil seperti wanita sederhana yang tidak terlalu mencuba untuk menyerlah.

Baju panas oatmeal merah itu pula, saya cadangkan untuk padankan dengan seluar jeans dan tote besar. Pasti orang akan pandang dua kali.

Baju ini lebih daripada sekadar gaya. Ia buat saya rasa ‘tersambung’. Bukan hanya kepada Malaysia, tetapi kepada semangat wanita yang berani bermimpi besar di Korea Selatan.

Wanita yang tahu budaya kita cukup kuat untuk dikongsi, bukan dikurung dalam nostalgia.

Setiap kali orang tanya, “Baju ini daripada mana?”, saya akan jawab dengan senyuman.

“Daripada tiga sahabat Malaysia, yang buka bistro makanan Malaysia di Korea Selatan.”

#SayaPakaiMalaysia #SlowSupperClub #StailAdaCerita-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×