UNSC diibarat 'tiada fungsi' kerana gagal cegah, hentikan peperangan

UNSC diibarat ‘tiada fungsi’ kerana gagal cegah, hentikan peperangan

PENDUDUK Palestin melakukan solat jenazah terhadap ahli keluarga Abou Mahadi yang terkorban akibat bedilan udara tentera Israel di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMILTON: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR) menyifatkan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sebagai ‘tiada fungsi’ kerana gagal mencegah dan menghentikan peperangan di negara yang terlibat.

Ketua UNHCR, Filippo Grandi menerusi ucapan berkata, keganasan sudah menjadi norma di seluruh dunia ketika ini sehingga ‘seperti tiada usaha’ untuk mencegah atau menghentikannya.

“Dari Sudan sehinggalah ke Ukraine,dari Sahel ke Myanmar, dari Republik Demokratik Congo ke Haiti, peperangan terus berlaku dan keganasan sudah menjadi ‘mata wang’ zaman ini.

“Mencegah dan menghentikan peperangan, menegakkan keamanan dan keselamatan, itulah mandat UNSC, itulah tanggungjawab utama anda.

“Maafkan saya kerana mengulanginya, ia satu tanggungjawab yang gagal secara kronik untuk dipenuhi. Namun, janganlah menyerah kepada kegagalan diplomasi,” katanya.

Beliau berkata, norma undang-undang kemanusiaan antarabangsa kini diabaikan oleh pihak berkaitan tanpa mengendahkan semakin banyak nyawa menjadi korban.

Grandi berkata, walaupun UNHCR tidak terlibat dalam operasi bantuan di Semenanjung Gaza, keadaan orang awam di wilayah itu yang terputus bantuan kemanusiaan selama hampir dua bulan itu semakin merosot setiap hari.

Beliau juga bercakap mengenai situasi di Syria, dengan menyatakan bada sinar harapan termasuk bagi jutaan rakyat Syria yang masih hilang tempat tinggal, dengan 4.5 juta daripadanya menjadi pelarian di negara jiran.

Katanya, pihak berkaitan perlu melonggarkan sekatan terhadap Syria bagi membolehkan negara itu bangkit semula selepas terlibat dengan perang saudara selama 14 tahun.

Grandi turut memberi amaran tentang pengurangan bantuan kemanusiaan yang boleh memberi kesan terhadap masyarakat dunia yang amat bergantung dengannya.

Sekiranya trend pembekuan dan pemotongan dana oleh kebanyakan negara penderma berterusan, sistem kemanusiaan dunia akan merosot dengan teruk serta ramai yang terkesan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×