Sri Pahang dahului 1-0

Sri Pahang dahului 1-0

T. Saravanan (kanan) meraikan jaringan gol menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sri Pahang masih mendahului 1-0 walaupun babak pertama didominasi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tempo permainan mula panas selepas penyerang Sri Pahang, Muhammad Baqiudin Shamsuddin dilayangkan kad kuning seawal minit kesembilan permainan selepas mengasari pemain JDT, Oscar Arribas

Pahang menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi T. Saravanan yang mengambil peluang menjaringkan gol dalam situasi kelam kabut dalam kotak penalti JDT.

Selang beberapa minit, JDT hampir menyamakan kedudukan selepas tandukan Bergson Da Silva pada minit 25 menerjah ke gawang namun didapati dalam kedudukannya ofsaid selepas disahkan oleh video bantuan pengadil (VAR).

Pada minit ke-33, Sri Pahang terpaksa beraksi dengan 10 org pemain selepas pemain tengah, Sergio Aguero dilayangkan kad merah kerana mengutip dua kad kuning gara-gara mengasari Bergson. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×