Permintaan santan kurang 30 peratus

Permintaan santan kurang 30 peratus

ERMINTAAN santan segar berkurangan 30 peratus sejak harga meningkat kepada RM20 sekilogram di Kuala Terengganu. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Permintaan terhadap santan segar di sekitar daerah ini berkurangan 30 peratus akibat kenaikan harga yang mendadak selepas berakhirnya Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2025, baru-baru ini.

Peniaga mendakwa, mereka terpaksa menjual santan segar dengan harga RM20 untuk satu kilogram (kg) berbanding harga kawalan RM17.50 sepanjang skim kawalan harga tersebut dilaksanakan.

Peniaga santan segar di Pasar Chabang Tiga, Suzlan Abd Wahab, 37, berkata, sepanjang skim tersebut dikuatkuasa, dia membeli sebiji kelapa pada harga RM3.50 dan mampu menjual santan segar pada harga RM17.50 sekilogram seperti ditetapkan kerajaan.

“Tetapi sekarang harga sebiji kelapa naik RM3.70 menyebabkan peniaga terpaksa menjual santan segar dengan harga RM20 sekilogram.

“Secara purata saya jual sekitar 300 hingga 400 biji kelapa sahaja setiap hari berbanding 550 hingga 600 biji sehari kerana permintaan sudah berkurangan,” katanya di sini, semalam.

Seorang lagi peniaga santan segar, Abdullah Ibrahim, 43, berkata, pembelian santan bertumpu kepada peniaga makanan tradisional yang banyak menggunakan bahan itu dalam jualan mereka.

“Ramai pelanggan mengakui mereka terpaksa mengehadkan penggunaan santan segar dalam menu harian mereka kerana harganya terlalu mahal ketika ini.

“Kita berharap kerajaan ambil tindakan segera dalam isu bekalan kelapa ini kerana kenaikan mendadak sangat membebankan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, pihaknya sentiasa memantau bekalan kelapa di Terengganu dan menjangkakan bekalannya kembali pulih selepas berakhirnya Syawal.

“Bekalan kelapa agak stabil dan jika berlaku kekurangan FAMA akan meningkatkan bekalan di tempat yang berkurangan selain menambah bekalan di outlet FAMA seluruh Terengganu,” katanya.

 

P

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×