Beri laluan Cklamovski cari pembantu Harimau Malaya

Beri laluan Cklamovski cari pembantu Harimau Malaya

Peter Cklamovski
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski perlu diberi kuasa mutlak bagi melantik pembantunya selepas Mark Milligan sah meninggalkan skuad kebangsaan selepas dua bulan bersama pasukan.

Bekas pengendali FC Tokyo itu perlu melantik pembantunya dengan segera memandangkan selepas ini Harimau Malaya dijadual melayan kunjungan pasukan ranking 114 dunia juga pilihan utama dalam Kumpulan F, Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini.

Itu pandangan yang diberikan oleh pemerhati bola sepak tempatan yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim apabila menyifatkan masa semakin suntuk buat Cklamovski.

“Penting untuk Cklamovskimencari penolong bagi membantunya merancang taktikal bagi menghadapi Vietnam. Sekarang ini, kita sudah ada matlamat iaitu melayakkan diri ke Piala Asia.

“Jadi, Cklmovski perlu fikir bagaimana nak capai matlamat tersebut. Aksi menentang Vietnam sangat penting dan Cklamovski perlu bertindak segera.

“Kuasa mutlak perlu diberikan kepada Cklamovski bagi mencari pengganti Miller kerana itulah sepatutnya bola sepak profesional dilakukan dan dia perlu mencari dengan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Zulakbal turut berpandangan bahawa status kewarganegaraan pengganti Milligan tidak penting sebaliknya individu tersebut mesti boleh bekerjasama dengan baik bersama Cklamovski.

“Tak perlu fikir sama ada pengganti itu dari dari mahupun luar negara kerana apa yang mustahak adalah Cklamovski perlu mencari pembantu yang sesuai untuk bekerjasama dengannya,” katanya.

Difahamkan , Milligan merupakan bekas pemain kebangsaan Australia ditawarkan jawatan sebagai ketua jurulatih kelab A-League di Australia, Newcastle Jets dengan kontrak selama dua tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×