Video tular tunjuk wartawan Palestin terbakar hidup-hidup

Video tular tunjuk wartawan Palestin terbakar hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel melancarkan serangan kawasan berdekatan Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza, mengakibatkan beberapa mangsa terkorban.

Serangan itu turut menyebabkan wartawan Palestin terbakar hidup-hidup selepas khemah media berhampiran hospital itu menjadi sasaran.

Dua individu termasuk wartawan Palestin, Helmi Al-Faqaawi, terbunuh manakala beberapa yang lain, terdiri daripada pengamal media serta orang awam, cedera dalam serangan awal pagi Isnin.

Beberapa wartawan Palestin lain, termasuk Ahmed Mansour Hassan Aslayeh, Ihab Al-Bardini, Ahmad Al-Agha, Mohammad Fayeq dan Abdullah Al-Attar, cedera dalam serangan udara itu.

Sebuah video yang tular menunjukkan saat khemah wartawan terbakar selepas serangan tersebut.

Dalam rakaman mengerikan itu, wartawan Palestine Today, Ahmed Mansour, dilihat terperangkap dalam api, dengan tubuhnya teruk terbakar.

Orang ramai dilihat berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api dengan segala kemampuan yang ada ketika itu.

Insiden tersebut berlaku tidak sampai 48 jam selepas serangan udara Israel yang meragut nyawa wartawan Islam Nasreddin Maqdad dan anaknya di rumah mereka di barat Khan Younis.

Ia juga berlaku selepas tentera Israel membunuh lebih 50 orang serta mengarahkan penduduk dari lima kejiranan di tengah Deir El-Balah supaya segera berpindah.

Tentera Israel sering dituduh secara sistematik menyasarkan wartawan Palestin di Gaza, dalam usaha menutup liputan dan menghalang penyebaran maklumat ke dunia luar.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×