BENAR kata peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ dan itu amat sesuai untuk menceritakan perjalanan kejayaan pemilik nama Siti Azlina Mhd. Halil.
Mungkin ramai berpendapat untuk berjaya dan menikmati hidup selesa, seseorang itu perlu menjadi pengasas kepada sesuatu produk. Namun bagi Azlina perkara itu tidak perlu sebenarnya dan dia sendiri telah buktikan bersama produk kecantikan, Meeracle yang diasaskan, Meera Nordin.
“Meeracle telah mengubah hidup saya 360 darjah yang sehingga kini terasa ia seperti masih dalam mimpi. Apa tidaknya jika tujuh tahun lalu saya hanya seorang peniaga nasi lemak di jalanan tapi kini berjaya meraih pendapatan bulanan enam angka,” katanya yang kini merupakan Master Premier Meeracle.
Wanita yang memiliki empat orang anak itu mengakui anugerah terindah adalah dapat bersama anak setiap masa mestipun sibuk menjalankan pernigaan ini.
Azlina atau lebih mesra disapa Kak Lynn juga boleh berbangga dengan pencapaian sendiri ketika ini apabila muncul antara Master Premier Meeracle yang paling berjaya dan baru-baru ini dia turut dinobatkan sebagai Miss Meeracle selama empat tahun berturut-turut, selain turut dianugerahkan gelaran Lady Meeracle.
“Pada mulanya saya ternampak iklan Meeracle di Facebook, jadi saya beli dan mencubanya. Melihat ia sesuai dengan kulit saya, saya mohon menjadi ejen di Melaka pada 2015.
“Berbekalkan modal permulaan RM490, saya beli 10 botol serum dan semuanya habis dijual dalam masa tiga hari.
“Melihat sambutan menggalakkan, saya jadi teruja dan terus meletakkan matlamat untuk berjaya bersama produk ini. Meeracle memang berbeza daripada produk lain kerana mereka memberi sokongan penuh kepada stokis dan agennya untuk sama-sama menikmati pendapatan lumayan,” katanya.
Mengulas tentang produk, Meeracle telah mengeluarkan kira-kira 30 jenis produk dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Antara produk yang mendapat sambutan luar biasa adalah Gemstone facial serum, Gemstone facial cleanser dan Moisturiser under the sea.
“Kami mementingkan kualiti berbanding kuantiti, sebab itu untuk mengeluarkan sesuatu produk mengambil masa lama untuk melakukan R&D (penyelidikan dan pembangunan),” jelasnya.

JANGAN SUKA CARI ALASAN
Berpegang kepada prinsip hidup, jangan suka mencari alasan tanpa berusaha kerana jika mulut asyik memberi alasan maka sukar untuk seseorang itu mengecapi kejayaan.
“Sebenarnya, banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa saya tempuh untuk sampai di tahap ini. Kalau diceritakan memang panjang, pokok pangkalnya sesiapa sahaja yang nak berjaya pasti perlu menempuh pelbagai ujian sebelum dapat menikmati manisnya kejayaan.
“Disebabkan matlamat dan impian untuk berjaya, saya nekad berusaha menggapai impian itu. Paling penting untuk berjaya jangan selalu mencari alasan sebaliknya cuba berusaha sehabis baik dan jangan lupa berdoa serta bertawakal kepada Allah.
“Saya masih berpegang pada misi untuk membantu lebih ramai wanita berjaya dan mengubah kehidupan mereka. Tidak kira apa latar belakang mereka, saya sentiasa percaya setiap wanita sentiasa punya peluang untuk menyinar,” jelasnya.
MEERACLE REALISASIKAN IMPIAN
Sepanjang bersama Meeracle, Azlina menerima dua buah kereta mewah secara percuma iaitu Mercedes-Benz C300 AMG pada tahun 2018 dan Mac lalu, dihadiahkan Porsche 718 Cayman, yang langsung tidak pernah terlintas difikirannya mampu memiliki kenderaan berkenaan.
“Kalau ikutkan dengan kerja dulu dengan sekarang mungkin saya tidak terfikir dapat memiliki kereta mewah seperti ini namun penyertaan bersama Meereacle mengubah segala-galanya,” jelasnya.
Azlina, 34, kini memiliki dua outlet iaitu di Malacca International Trade Centre (MITC) Melaka dan Bandar Prima Senawang, Negeri Sembilan serta memiliki lebih 1,000 wakil jualan di seluruh Malaysia hasil usaha dan sokongan daripada ibu pejabat Meeracle.
Jelas Siti Azlina, dia kini menerima lebih 100 pelanggan baharu setiap bulan termasuk mendaftar sebagai wakil jualan. Itu tidak termasuk yang menyapa di laman Facebook Miss Meeracle Lynn.
“Saya harap lebih ramai wanita mengambil bahagian. Kami akan memberi tunjuk ajar, latihan dari segi pemasaran dalam talian dan bagaimana menjadi usahawan berjaya serta sokongan lain,” ujarnya.
Ketika dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menyaksikan kebanyakan perniagaan terjejas teruk dan ada yang terpaksa gulung tikar namun berbeza dengan Meeracle apabila produk mereka menerima permintaan tinggi dan hasil jualan terus meningkat.
“Ketika ramai terkesan dengan Covid-19, namun berbeza dengan produk kami apabila mendapat permintaan tinggi. Mungkin platform jualan dalam talian juga menjadi faktor kami tidak terlalu terkesan dan ini kelebihan Meeracle,” katanya.

BERKONGSI REZEKI
Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, kata-kata itu sentiasa terpahat dalam hati Azlina apabila tidak pernah melepaskan peluang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Malah, setiap kali tiba Ramadan dan Aidilfitri, dia dan pasukannya akan mengadakan majlis berbuka bersama, selain Azlina sendiri berbuka dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, tahfiz serta kepada mereka yang tidak berkemampuan.
BIODATA:
Siti Azlina Mhd. Halil
Asal: Melaka
Tarikh lahir: 3 Mac 1987
Cawangan: Outlet Meeracle Bandar Prima Senawang dan MITC Melaka Facebook: Siti Azlina Lynn, Miss Meeracle Lynn
Tiktok: Siti Azlina Lynn
No. telefon: 016-243 0390











