Mangsa letupan lari masuk hutan selamatkan diri

Mangsa letupan lari masuk hutan selamatkan diri

Jali Masari ketika menceritakan detik cemas menyelamatkan diri daripada kejadian letupan paip gas di Putra Heights, Puchong, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Mangsa letupan saluran paip gas di Putra Heights terpaksa menggunakan kawasan hutan untuk melarikan diri daripada kebakaran yang berlaku dengan pantas.

Mangsa kejadian, Jali Masari, 26, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas ibunya memaklumkan insiden letupan tersebut pada pukul 8 pagi.

Katanya, dia dan keluarga segera menyelamatkan diri melalui kawasan hutan kerana ,ahu mengelak bahang panas jika menggunakan laluan biasa sekali gus menyebabkannya tinggal sehelai sepinggang.

“Kad pengenalan, dompet pun saya tinggalkan. Pukul 8.20 pagi kami sudah sampai di taman sebelah ikut laluan hutan dan laluan sama saluran paip.

“Sebelum tu saya sempat alihkan salah satu kereta saya tetapi apabila saya mahu patah balik untuk alihkan kereta lain sudah tidak boleh sebab bahang panas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Setakat semalam, media melaporkan sejumlah 305 mangsa cedera dalam kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, daripada jumlah itu, 40 orang dibawa ke hospital dan 125 orang mengalami kecederaan menerima rawatan di lokasi.

“Yang lain pula tidak mengalami kecederaan dan tiada kematian dan kebanyqkan mangsa cedera akibat melecur dan tersedut haba panas,” katanya.

Nor Hisham berkata, sebanyak 390 kenderaan turut terjejas dan terbakar dalam kejadian tersebut.

Jelasnya, daripada jumlah itu, kenderaan yang terbakar membabitkan 265 kereta, 57 motosikal, bas (3), van (6) dan sebuah lori.

“Sebanyak 237 premis serta kediaman turut terkesan akibat kebakaran terbabit.

“Ia membabitkan sebanyak 88 unit bangunan yang terdiri daripada 78 unit rumah dan 10 unit premis kedai telah terbakar.

“Kategori kebakaran rumah antara 10 hingga 90 peratus dan punca insiden terbabit masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×