Pesawat patah balik selepas juruterbang tertinggal pasport

Pesawat patah balik selepas juruterbang tertinggal pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sebuah pesawat United Airlines yang dalam perjalanan ke China terpaksa berpatah balik ke Amerika Syarikat (AS) selepas juruterbangnya terlupa membawa pasport, sekali gus mencetuskan gangguan perjalanan kepada penumpang.

Pesawat UA198 yang berlepas dari Los Angeles menuju ke Shanghai pada Sabtu dikesan berpatah balik ketika berada di ruang udara Lautan Pasifik dan mendarat di San Francisco, menurut data penerbangan.

Dalam kenyataan kepada AFP, United Airlines mengesahkan pesawat Boeing 787 yang membawa 270 penumpang itu terpaksa singgah di San Francisco kerana juruterbang tidak mempunyai pasportnya di dalam pesawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada jam 5 petang waktu tempatan sebelum United Airlines mengatur kru baharu untuk meneruskan penerbangan ke Shanghai pada jam 9 malam.

“Kami mengatur krew baharu bagi meneruskan penerbangan pelanggan ke destinasi mereka pada malam yang sama,” kata syarikat penerbangan itu.

Menurutnya, para penumpang diberikan baucar makanan dan pampasan, namun jumlah pampasan tersebut tidak didedahkan.

ADS:D

Berdasarkan data penerbangan, pesawat tersebut akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai selepas tengah malam, enam jam lewat daripada jadual asal.

Kejadian ini berlaku ketika penumpang di seluruh dunia masih berdepan gangguan perjalanan susulan penutupan Lapangan Terbang Heathrow di London, hab penerbangan tersibuk di Eropah, akibat gangguan bekalan elektrik sehari sebelumnya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN