Syarikat Australia mahu tanam cendawan di angkasa

Syarikat Australia mahu tanam cendawan di angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sebuah syarikat Australia mahu mencipta sejarah untuk menjadi yang pertama menanam cendawan di angkasa menerusi misi Fram2 SpaceX, yang dijadual dilancarkan pada awal April.

Dalam eksperimen yang dijalankan di atas kapal angkasa Fram2, syarikat FOODiQ Global bercadang untuk menanam cendawan tiram dalam persekitaran mikrograviti.

Pelancaran akan dilakukan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida dengan tempoh misi dijangka berlangsung antara tiga hingga lima hari dan eksperimen penanaman cendawan itu akan dijalankan pada hari terakhir oleh pengembara Australia, Eric Philips.

Memuatkan artikel berkaitan…

Philips akan menjadi individu keempat kelahiran Australia yang menjejakkan kaki ke angkasa, selepas Dr Paul Scully-Power dan Dr Andy Thomas yang terbang bersama NASA sebagai warganegara Amerika Syarikat (AS), serta Dr Chris Boshuizen yang menyertai penerbangan suborbital selama kira-kira 10 minit menerusi kapal angkasa Blue Origin pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif FOODiQ Global, Dr Flávia Fayet-Moore berkata, cendawan merupakan tanaman yang sesuai untuk angkasa kerana ia cepat membesar, boleh dimakan mentah dan kaya dengan nutrisi.

“Memandangkan kita masih belum memiliki teknologi pemprosesan makanan di angkasa, NASA kini memberi keutamaan kepada kajian tanaman yang boleh terus dituai dan dimakan, seperti salad, tomato dan cendawan,” katanya.

ADS:D

Beliau turut menjelaskan cendawan merupakan antara sedikit sumber makanan secara semula jadi mengandungi vitamin D, yang meningkat apabila terdedah kepada cahaya ultraungu.

Penyediaan makanan dan nutrisi bagi misi ke Bulan dan Marikh merupakan antara 30 keutamaan utama dalam cabaran penerokaan angkasa NASA.

Ini bukan kali pertama kajian berkaitan kulat dihantar ke angkasa, sebelum ini pada Ogos tahun lalu, satu eksperimen yang diketuai oleh ahli astrofizik dari Universiti Swinburne, Dr Sara Webb dan Dr Rebecca Allen, telah menghantar spesimen lion’s mane, turkey tail dan Cordyceps ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Bagaimanapun, eksperimen itu hanya melibatkan pertumbuhan miselia, iaitu struktur akar kulat tanpa ruang mencukupi untuk cendawan berbentuk buahnya berkembang.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN