Moccis ceriakan Aidilfitri tujuh beradik yatim

Moccis ceriakan Aidilfitri tujuh beradik yatim

TUJUH beradik yatim piatu menerima baju raya daripada Ahmad Sobri Wan Teh (tengah) pada majlis berbuka puasa di Surau Ladang Moccis Batu 7, Changkat Jong, Teluk Intan, baru-baru ini. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Ketibaan 1 Sya­wal kali ini disambut ceria tujuh beradik di Taman Seri Bahagia, Kampung Bahagia di sini apabila menerima sumbangan tersebut daripada Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis).

Tujuh beradik yatim piatu ialah Nurallesyah Balqis Mohd. Azman, 21, Nur Alleyana Darwina, 18; Nurallesyazwani Sofea, 16; Nurallyqalesyah Damia, 14; Nurallyfarisyah Najwa, 12, dan Nurallyshafirah Umairah, 10 dan Muhammad Harraz Erfan, 8.

Mereka kematian ibu, Noor Suidah Omar, 43, pada Jun 2019 akibat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang disusuli bapa mereka Mohd. Azman Tabri, 42, pada Ogos 2019 selepas menjalani pembedahan bisul akibat jangkitan kuman.

Sejak kehilangan ibu bapa me­reka, tujuh beradik itu dijaga emak saudara mereka dan tinggal menyewa rumah di Taman Ser­­i Bahagia, Kampung Bahagia di sini dengan bayaran RM600 sebulan.

Pengerusi Moccis, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh berkata, pi­haknya bersimpati dengan nasib tujuh beradik itu yang kehila­ngan ibu bapa mereka.

Menurutnya, sempena hari raya Aidilfitri, pihaknya memberi sumbangan baju raya untuk kesemua mereka supaya dapat merasai kegembiran menyambut hari raya.

“Kami berharap tujuh beradik ini gembira seperti orang lain menyambut hari raya dengan memakai baju raya baharu. Kami mahu mereka bergembira sama seperti orang lain walaupun tanpa ibu bapa mereka lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×