Bangladesh tangkap pemimpin kumpulan pemberontak Rohingya

Bangladesh tangkap pemimpin kumpulan pemberontak Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh mengumumkan menahan ketua kumpulan pemberontak etnik Rohingya, Ataullah Abu Ammar Jununi atas tuduhan membunuh, kemasukan haram, sabotaj dan kegiatan militan.

Ataullah yang mengetuai pergerakan Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) bersama 10 yang lain ditangkap pada Selasa lalu semasa serbuan di daerah Narayanganj berhampiran Dhaka.

Menurut laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa, Ataullah mengetuai kempen bersenjata oleh ARSA pada 2016 terhadap pasukan keselamatan Myanmar dalam usaha menuntut semula hak Rohingya selepas mendakwa mereka berdepan penindasan daripada majoriti penganut Buddha di negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan Reuters, Ataullah dikenal pasti oleh penganalisis sebagai ketua ARSA dan muncul dalam beberapa siri video yang mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar.

Serangan ARSA ke atas pos pengawal sempadan membawa tindakan keras tentera di Myanmar, dengan lebih 750,000 Rohingya terpaksa melarikan diri ke negara jiran Bangladesh pada 2017.

Polis Bangladesh berkata, kegiatan kumpulan itu melangkaui operasi pemberontak, dengan anggota ARSA didakwa terbabit dalam kegiatan jenayah seperti pembunuhan, penculikan dan penyeludupan di dalam kem pelarian di Bangladesh yang menjadi penempatan Rohingya terbesar di dunia.

ADS:D

Kehadiran kumpulan itu di kem pelarian juga membawa kepada pergaduhan yang ganas, dengan berpuluh-puluh kematian akibat pertempuran antara ahli ARSA dan puak saingan.

ARSA disyaki menjadi dalang pembunuhan Mohib Ullah pada 2021, seorang pemimpin terkemuka Rohingya yang menyokong kepulangan pelarian ke Myanmar.

Kematiannya memberi tamparan kepada usaha menangani krisis Rohingya secara aman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN