Cedera bukan masalah besar buat Nurul Izzah

Cedera bukan masalah besar buat Nurul Izzah

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mendapat cedera selepas terjatuh semasa berlumba di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye, baru-baru ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecederaan kecil pelumba trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri  yang dialaminya ketika beraksi di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye baru-baru ini tidak akan menjadi penghalang buatnya untuk terus mengorak langkah dalam kejohanan seterusnya.

Izzah, 21, berkata, kecederaan yang dialaminya semakin pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan dan pemantauan rapi di Institut Sukan Negara (ISN).

“Secara keseluruhan keadaan saya sudah okey, luka pun sudah mula sembuh dan kaki saya semakin baik. 

“Saya juga sudah menjalani pemeriksaan di ISN dan tiada kecederaan serius yang boleh mengganggu prestasi saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama atlet negara di MSN, kelmarin.

Katanya, meskipun berasa sedikit risau selepas insiden di Turkiye, namun dia tetap optimis kerana mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan menjelang kejohanan utama yang seterusnya.

“Alhamdulillah, selepas perlumbaan di Turkiye, saya masih ada tempoh yang panjang sebelum kejohanan besar akan datang. 

“Kejohanan Kebangsaan yang akan berlangsung pada Julai nanti menjadi medan pertama saya untuk kembali menguji kemampuan,” katanya.

Izzah juga mengakui kejohanan kebangsaan bakal menjadi platform penting untuknya menghadapi cabaran pelumba-pelumba junior yang sedang meningkat naik.

“Saya tetap serius menghadapi Kejohanan Kebangsaan kerana ramai pelumba muda yang sedang meningkat naik seperti Alyssa dan beberapa pelumba lain. 

“Mereka semua dalam proses latihan yang baik dan ini memberi cabaran tambahan buat saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×