Putus sebahagian jari tengah angkara mercun

Putus sebahagian jari tengah angkara mercun

KEADAAN jari hantu pada tangan kanan mangsa yang putus selepas bermain mercun bola di Batu 23, Jalan Sawmill, Labok, Machang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang remaja putus sebahagian jari tengah dan cedera pada jari telunjuk kanannya selepas tidak sempat melempar mercun bola yang dicucuh dengan api dalam kejadian di Batu 23, Jalan Sawmill, Labok di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu turut menyebabkan kedua-dua jari Adam Aiman Noor Kamarul Azwan, 14, patah.

Ibu mangsa, Siti Zuraini Muhammad, 24, berkata, anaknya itu kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai selepas mengalami pendarahan pada jarinya akibat letupan itu.

Katanya, Adam Aiman dikatakan mencucuh mercun bola, namun tidak sempat melempar sebelum ia meletup pada tangannya.

“Saya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh sepupunya. Adam Aiman bermalam di rumah sepupunya di kampung sama malam tadi.

“Dia pada awalnya menyembunyikan kesakitan yang dialaminya selepas kejadian. Sepupunya menyedari jari Adam Aiman putus selepas melihat kesan darah pada tilam di dalam bilik semasa mengejutnya untuk bersahur,” katanya di sini semalam.

Siti Zuraini memberitahu, dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Machang di sini sebelum dihantar ke HSIP untuk rawatan lanjut.

Katanya, sebelum kejadian, Adam Aiman ada meminta wang daripadanya dengan alasan untuk membeli kuih untuk juadah berbuka.

“Saya beri RM10 kerana kebetulan tiada duit kecil. Saya sudah mengesyaki Adam Aiman membeli mercun kerana dia tidak memulangkan wang baki selepas membeli kuih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini