5 tan tembikai habis dalam masa sejam

5 tan tembikai habis dalam masa sejam

JAMALUDIN Angah menunjukkan harga termbikal kepada pelanggan RM1 sekilogram yang dijual di Jalan Sungai Manik - Teluk Intan., Perak semalam, – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sebanyak lima tan tembikai yang dijual pada harga RM1 sekilogram habis dijual dalam masa sejam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peniaga, Jamaludin Angah , 62, berkata, tawaran harga rendah sempena bulan puasa di gerainya di Jalan Sungai Manik -Teluk Intan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pembeli menikmati buah tembikai semasa berbuka puasa.

Dia menyifatkan harga tembikai RM1 sekilogram sebagai harga sedekah sempena bulan puasa.

“Memang permintaan buah tembikai tinggi semasa bulan puasa, jika bulan-bulan lain tidak macam ini apatah lagi harganya RM1 sekilo, lima tan habis dalam masa sejam.

“Saya boleh jual pada harga serendah ini kerana bekalan yang banyak dari Seberang Pe­rak,” katanya.

Jamaludin berkata, cuaca pa­nas meningkatkan lagi permintaan buah tembikai apatah lagi harganya rendah berbanding RM3 sekilogram sebelum ini.

Katanya, harga rendah menarik pelanggan untuk singgah di gerainya yang terletak di tepi jalan.

“Sekali datang lima orang sebab gerai tepi jalan, jadi mudah nampak dari jauh. Ada yang terlepas, pusing semula nak beli tembikai,” katanya.

Seorang pelanggan, Zaiton Abdullah, 45, memberitahu dia membeli lima biji tembikai untuk berbuka puasa.

“Ini kali ketiga beli saya beli di sini, sebelum ini beli sebiji dua apabila rasanya manis, saya singgah beli lagi. Harganya sangat murah dibandingkan di tempat lain RM5 hingga RM7 sekilogram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini