20 cedera, protes pesara di Argentina bertukar ganas

20 cedera, protes pesara di Argentina bertukar ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 20 cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan di ibu negara Argentina, Buenos Aires, semalam.

Pertempuran berlaku dalam satu protes yang dianjurkan oleh pesara dan disertai peminat bola sepak, kesatuan sekerja serta kumpulan progresif.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan, terdiri daripada warga emas, wanita dan golongan muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekurang-kurangnya 103 individu turut ditahan.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan polis memukul dan mengheret penunjuk perasaan, termasuk rakaman seorang wanita berusia 87 tahun mengalami kecederaan di kepala ketika orang ramai cuba membantu.

Antara mangsa cedera adalah jurufoto Argentina, Pablo Grillo, yang mengalami kecederaan serius selepas terkena tong gas di kepala ketika membuat liputan protes.

Pesara, yang secara rutin mengadakan protes di luar Kongres Nasional setiap petang Rabu, menuntut pencen lebih tinggi dan memperbaiki keadaan hidup mereka.

Minggu ini, protes itu disertai oleh penyokong beberapa kelab bola sepak terkenal, termasuk Boca Juniors, River Plat, Independiante Racing, Estudiantes dan Gimnasi y Esgrima La Plata.

Beberapa jam sebelum protes, Menteri Keselamatan, Patricia Bullrich mengumumkan penempatan angkatan tentera.

“Pasukan kami dikerahkan untuk menguatkuasakan protokol. Lalu lintas tidak akan disekat dan perusuh akan kekal di tepi jalan,” kata Bullrich.

Ketegangan memuncak berhampiran bangunan Kongres sekitar pukul 5.30 petang waktu tempatan apabila polis infantri dan motosikal menggunakan peluru getah serta gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Pergelutan berterusan apabila penunjuk perasaan turut membaling objek ke arah pihak polis.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN