Azeem lebih yakin buru podium NCAA

Azeem lebih yakin buru podium NCAA

Muhammad Azeem Fahmi bersedia untuk memburu podium pada Kejohanan Akhir Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Virginia, Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi bersedia untuk meraih kedudukan podium pada Kejohanan Akhir Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Virginia, A­merika Syarikat pada 14 Mac ini.

Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak berusia 21 tahun itu dalam prestasi terbaik dan bersedia memberikan saingan bagi memburu gelaran berprestij tersebut.

Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesa­tuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, mengesahkan bahawa Azeem telah melayakkan diri ke kejohanan akhir NCAA, sekali gus membuktikan peningkatan luar biasa atlet dari Universiti Auburn itu.

Ballard yang berhubung dengan jurulatih Azeem di AS, Ken Harnden, menyatakan keyakinannya terhadap potensi anak muda itu untuk melakar sejarah di pentas antarabangsa.

“Azeem berada dalam kelompok terbaik dan telah mengesahkan tempatnya ke NCAA. Dengan prestasi yang ditunjukkannya, kami yakin dia mampu memberi saingan hebat dan mungkin membawa pulang gelaran juara.

“Dia menunjukkan kemajuan luar biasa sejak menyertai Universiti Auburn, dan ini adalah peluang terbaiknya untuk membuktikan kehebatannya di peringkat tertinggi,” kata Ballard.

Tahun ini juga menyaksikan Azeem bakal beraksi dalam beberapa kejohanan utama lain, termasuk Terbuka Malaysia, Kejohanan Universiti Dunia, Kejohanan Dunia dan Sukan SEA di Thailand hujung tahun ini.

Dalam aksi terbarunya, Azeem berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan bagi acara 60 meter (m) dengan catatan 6.56 saat (s) ketika meraih gangsa di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025 sekali gus memadam catatan lamanya, 6.60s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×