Penduduk mahu jambatan sebelum raya

Penduduk mahu jambatan sebelum raya

MOHD. Zafri Adenan menunjukkan  jambatan baharu yang sedang dibina dengan peruntukkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hasil usaha Allahyarham Ishsam Shahruddin  di Kampung Sungai Kurong, Tapah. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Penduduk tiga kampung di sini yang berdepan dengan kesukaran akses utama perhubungan sejak Oktober lalu ekoran jambatan runtuh akibat banjir mahu kemudahan itu siap sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut seorang penduduk, Mohd. Tarmizi Kassim, 63, yang menetap di Kampung Sungai Kurong Dalam, dia difahamkan peruntukan jambatan baharu yang lebih selesa menelan kos sebanyak RM350,000 dan ia lebih lebar dan panjang berbanding biasa oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Dia berharap jambatan baharu itu dapat disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri sebagai kemudahan kepada penduduk kampung yang balik berhari raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang dua jalan alternatif agak gelap pada waktu malam selain takut ada gangguan haiwan seperti lembu, kerbau, babi dan anjing selain tidak selamat kepada wanita, orang tua dan kanak-kanak.

“Selain itu, susah kepada orang kampung untuk menghantar anak pada waktu pagi dan melakukan aktiviti seharian yang terhad pada waktu siang semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin sebelum ini sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan jambatan baharu itu termasuk mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat sehingga masalah itu dapat diselesaikan.

“Saya dimaklumkan peruntukan jambatan baharu yang lebih selesa menelan kos sebanyak RM350,000 dan ia lebih lebar dan panjang berbanding biasa.

“Ia boleh dilalui oleh dua kenderaan tidak melebihi lima tan pada masa yang sama yang memudahkan penduduk Kampung Sungai Kurong Dalam, Kampung Orang Asli Sungai Kurong dan Kampung SMTD yang dihuni lebih 300 orang penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Kurong, Mohd. Zafri Adenan, 58, pula berkata, jambatan baharu itu dalam 10 peratus perkembangan pembinaannya.

“Saya cuma berharap ia dapat disegerakan sebagai kemudahan kepada penduduk kampung yang berdepan dengan kesukaran sekarang,” katanya.

Dia juga berharap jambatan dapat disiap segera bagi kemudahan penduduk.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam pada 22 Februari lalu apabila tidak sedarkan diri selepas menyertai perlawanan bola sepak.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya di akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac ini bagi menentukan tarikh pilihan raya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini