Gempa bumi 6.1 skala Richter gegar utara Kathmandu

Gempa bumi 6.1 skala Richter gegar utara Kathmandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan utara Kathmandu, Nepal, hari ini, menurut pihak berkuasa pusat pemantau.

Pusat Pemantauan dan Penyelidikan Gempa Bumi Kebangsaan berkata, gegaran melanda sekitar Bhairab Kunda di Daerah Sindhupalchok di Nepal, berhampiran dengan banjaran Gunung Himalaya di sepanjang sempadan dengan Tibet.

Pusat Penyelidikan Geosains Jerman menetapkan magnitud gempa pada 5.6 dengan kedalaman 10 kilometer (km), manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan gegeran pada 5.5 skala Richter.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa akibat gempa bumi itu.

Pengerusi Perbandaran Luar Bandar Bhote Koshi, Pasang Nurpu Sherpa berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat kerosakan setakat ini.

“Gempa bumi mencetuskan tanah runtuh di Dugunagadi Bhir, di seberang sungai. Tiada ruman di sekitar lokasi tanah runtuh itu,” katanya.

Sementara itu, Gabenor daerah Sindhupalchok, Kiran Thapa berkata, seorang banduan di penjara patah tangan ketika cuba melarikan diri selepas gempa dan kini dirawat di hospital.

“Sebuah bangunan pos polis turut mengalami keretakan kecil di Kodari,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×