Peniaga tuntut janji naik taraf Melaka Sentral, tarik pengunjung

Peniaga tuntut janji naik taraf Melaka Sentral, tarik pengunjung

SUASANA lengang di Melaka Sentral dengan beberapa premis perniagaan tutup operasi disebabkan kurang pengunjung. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Majoriti peniaga di Melaka Sentral di sini berharap kerajaan negeri menerusi Perbadanan Melaka (MCorp) tidak sekadar berjanji untuk menaik taraf infrastruktur Melaka Sentral.

Ini kerana, beberapa tahun yang lalu, sudah ada ura-ura untuk menaik taraf lokasi itu, malah ada juga cadangan membina terminal baharu bagi menggantikan bangunan yang mengalami mendapan lantai dan beberapa kerosakan.

Seorang peniaga, Zainuddin, 70, berkata, kerajaan negeri perlu menepati janji untuk menaik taraf Melaka Sentral agar dapat menarik kembali pengunjung.

Menurutnya, peniaga sudah lama menanti usaha menaik taraf dan memberi nafas baharu lokasi berkenaan.

“Sejak Pasar Besar Melaka Sentral dirobohkan pada 2016 kerana mengalami kerosakan struktur bangunan, Melaka Sentral tidak lagi menerima kunjungan orang ramai kecuali yang ingin menaiki bas ekspres.

“Satu demi satu peniaga meninggalkan bangunan itu kerana tidak menguntungkan disebabkan kurang pengunjung. Yang tinggal, peniaga lama sejak bangunan itu mula beroperasi pada 2004,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dilaporkan berkata, MCorp akan menaik taraf infrastruktur Melaka Sentral termasuk spek sistem dan sebagainya.

Menurutnya, kerajaan negeri bagaimanapun tidak akan merobohkan bangunan itu kerana ia mempunyai identiti tersendiri.

Sementara itu, peniaga kedai telefon bimbit, Mohamad Amiruddin, 28, berharap bangunan itu dinaik taraf menjadi lebih moden kerana pelbagai janji telah kedengaran sejak 2019.

“Dulu tempat ini jadi tum puan orang ramai tetapi sekarang bangunan ini banyak ruang berniaga yang kosong kerana peniaga mencari lokasi lain, kerana orang ramai tidak datang ke sini lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×